34 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

CANGGIH GO TEROKA PASARAN SABAH

0leh: Liza Din

KOTA KINABALU: Program pembangunan usahawan tekstil “Canggih Go” yang dibangunkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini meluaskan segmen pasaran pakaian uniform sekolah jenama tersebut ke pasaran Sabah bagi memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat di
negeri tersebut.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, MARA mengambil inisiatif ini bagi meningkatkan keupayaan dan kemampuan usahawan Bumiputera dalam industri gaya hidup khususnya dalam bidang
penjualan pakaian dan barangan keperluan persekolahan CANGGIH yang boleh meningkatkan pendapatan usahawan di samping membuka lebih
banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Sejak dilancarkan awal tahun 2021, sebanyak tujuh (7) outlet telah berjaya dibuka iaitu dua (2) outlet di Pulau Pinang, Perak, Sabah, Kuala Lumpur, Johor dan Selangor.

“Outlet-outlet ini mula beroperasi sewaktu kita semua berada dalam tempoh pandemik yang mana kebanyakan sektor ekonomi masih belum dibuka. Saya dimaklumkan usahawan-usahawan ini telah berjaya mencapai nilai jualan
sebanyak RM8.85 juta dan kita sasarkan mereka dapat melipat gandakan prestasi setelah keseluruhan sektor ekonomi dibuka semula,” jelas Azizah.

Melalui penyertaan dalam Canggih Go, peserta akan diberi bimbingan dan latihan berstruktur yang komprehensif dan khusus bagi mencapai objektif perlaksanaan program tersebut.

Bagi memastikan perniagaan mereka kekal bertahan dan berdaya saing, usahawan ini akan diberikan bimbingan melalui kemudahan khidmat nasihat bersama pakar dalam industri berkaitan, di samping penyediaan kemudahan pembiayaan sehingga RM200,000.00 kepada peserta yang berkelayakan.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan perasmian outlet Canggih Go di negeri Sabah yang dimiliki oleh salah seorang peserta dari negeri tersebut iaitu Safuan A. Abas.

Tambah beliau, melalui program ini, MARA bukan sahaja menyasarkan
peningkatan pendapatan usahawan, malahan berharap dengan pembukaan outlet di Sabah ini akan dapat meluaskan segmen pasaran produk jenama Canggih ke 26 daerah di negeri tersebut yang sekaligus turut memberi kesan
berganda dalam rantaian perniagaan lain seperti logistik.

Dalam majlis yang sama beliau menyampaikan sumbangan
berbentuk 30 pasang uniform sekolah Canggih dan wang tunai bernilai RM3,000.00 kepada pelajar-pelajar daripada Rumah Anak Yatim dan Asnaf
As Sakinah, Kinarut, Papar, Sabah.

Kedua-dua sumbangan tersebut telah disumbangkan oleh pihak My Sutera dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN