Bung Moktar Radin
KOTA KINABALU: Tanpa mempertikaikan kemampuan Datuk Mohd Sahfie Apdal yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan Plus,Ketua UMNO Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin (gambar) berkata ianya hanya sebagai “Gimik Politik murahan ” Tun Mahatahir .
Menurut beliau sebagai anak jati Sabah tentu beliau berbangga sekiranya kenyataan tersebut sebagai sebuah realiti,bagaimanapun katanya cadangan tersebut hanya untuk kepentingan politik peribadi Tun Mahathir yang bertujuan untuk melega legakan Sahfie dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bung Berkata Keputusan Tun Mahathir mencadangkan, Shafie selain menyerlahkan hakikat dendamnya yang tidak pernah padam untuk mengenepikan Anwar, juga terlihat amat janggal dan memperlihatkan kecelaruan mindanya yang sangat kronik
” Sebab itu saya rasanya ianya sesuatu yang lucu ” katanya ketika ditemui di sini sambil tersenyum dengan cadangan tersebut.
Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad yang mencadangkan Mohd Shafie untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan Plus.
Bercakap kepada ahli PPBM di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya baru-baru ini , Dr.Mahathir berkata, beliau akan berkempen untuk Shafie, sekali gus menjelaskan kepada akar umbi parti itu kenapa beliau berbuat demikian.
Katanya, cadangan untuk menamakan Shafie juga disokong oleh pemimpin Amanah dan DAP dalam mesyuarat bersama pemimpin Warisan.
Dalam pada itu Kepimpinan tertinggi Amanah dan DAP sebagai sekutu dalam Pakatan Harapan menafikan perkara tersebut telah dibincangkan.
Menurut Bung Dr Mahathir cuba mengelirukan orang ramai kerana beliau hilang sokongan daripada PKR, DAP dan Amanah, dan sekarang berpaling kepada Shafie.
Beliau berkata, Shafie tidak mendapat sokongan semua pihak dalam PH, justeru tidak mungkin beliau dilantik sebagai perdana menteri apalagi parti yang beliau wakili bukan parti bertaraf nasional dan hanya mempunyai 8 orang ahli Parlimen sahaja.
” Dari sudut ini sudah tentu cadangan ini tidak logik bagaimana beliau mencadangkan Mohd Shafie ketika sekutu Pakatan Harapan yang lain tidak bersetuju melainkan untuk kepentingan politik peribadi dan mengaburi mata rakyat Sabah yang melihat kerajaan Warisan ketika ini mula goyah” jelas Bung.
Justeru tambah Bung Dr Mahathir atas kapasiti peribadinya yang tidak berparti lantas memilih Shafie, Presiden Parti Warisan sebagai calon baru Perdana Menteri dalam cubaan berterusannya untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin.
” Lagi pun untuk memilih seorang Perdana Menteri perlulah berwibawa boleh memimpin negara bukanya memimpin negeri pun dalam keadaan yang porak peranda” tambah Bung



