BUNG ..Hulurkan sumbangan 500 bakul makanan kepada pekerja B40 KPI.
KOTA KINABALU: Sebanyak 500 bakul makanan telah diagih-agihkan kepada kakitangan Kementerian Pembangunan Insfrastruktur khususnya pekerja B40 yang terpaksa bertugas dan terkesan dengan penularan Pandemik Covid-19 dan PKPB.
Sumbangan tersebut diberikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar)khususnya untuk meringankan bebenan kakitangan B40 dalam mendepani dugaan berhadapan dengan penularan wabak Covid-19 dan bertugas mengikut giliran semasa PKPB dikuat kuasakan.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut dilakukan oleh Setiausaha Perhubungan Awam Menteri JKR Alfian Sambas yang turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Menteri JKR Dr.Fadilah Fadilah Sarbi di Dewan serbaguna JKR Sembulan kemarin.
Menurut Bung dengan sedikit sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu meringankan bebanan mereka yang terkesan dengan penularan Wabak ini.
” Kita menghargai komitmen mereka yang terpaksa bertugas walau dalam cabaran berhadapan dengan wabak ini dan PKPB yang dikuat kuasakan oleh kerajaan” katanya.
Dalam pada itu Bung yang juga Wakil Rakyat kawasan Lamag mengingatkan para perkerja Kementerian itu agar sentiasa mengamalkan SOP ketika mereka menjalankan tugas .
” SOP perlu diutamakan semasa bertugas, ini termasuklah sentiasa memakai pelitup muka, membasuh tangan dan sentiasa menjaga kebersihan”Katanya .
CAPTION.
A. BUNG ..Hulurkan sumbangan 500 bakul makanan kepada pekerja B40 KPI.
B.SERAH..Alfian sambil diperhatikan Dr.Fadilah (Kiri) yang mewakili Bung menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang kakitangan KPI.