SERAH ..Bung menyampaikan mok cek kepada Boby Chua yang diwakili oleh Timbalan Presiden SAFA Dato Abul Rahman untuk penyerahan selanjutnya .
KOTA KINABALU: Pemangku Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin menasihati pemain-pemain senior dalam Sabah FC meneruskan semangat juang yang tinggi bagi membolehkan mereka melakukan yang terbaik dalam saingan Liga Super musim depan.
Menurut beliau, semua pemain mempunyai komitmen masing-masing dalam pasukan maka ia perlu diteruskan kerana peminat mengharapkan pencapaian pasukan yang lebih baik.
“Sukan bolasepak ini sangat digemari rakyat di luar sana dan mereka mengharapkan pasukan kita melakukan pencapaian terbaik. Pemain-pemain mestilah menunjukkan semangat tinggi untuk membawa kejayaan kepada pasukan,” katanya pada majlis makanan malam untuk pemain-pemain Sabah FC dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SAFA di sini, semalam.
Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, berkata penstrukturan semula badan bolasepak itu juga sedikit perubahan membabitkan pengurusan dalam Sabah FC.
Katanya, ia dilakukan dengan hasrat ingin melihatkan prestasi Sabah FC di samping pasukan-pasukan lain dalam pengawasan SAFA dapat mengembalikan kegemilangan Sabah dalam bolasepak di negara ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara spesifik perubahan yang dilakukan itu.
“Ia dalam proses dan sudah tentu akan memberi kebaikan kepada pasukan,” tegasnya.
Pemangku Presiden SAFA itu berharap persediaan Sabah FC untuk saingan Liga Super musim depan masih terbatas berikutan terpaksa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan akibat penularan wabak Covid-19.
Mengenai persiapan bagi pasukan Piala Preisden dan Piala Belia musim depan, beliau berkata, SAFA sedang melakukan persediaan yang perlu termasuk menentukan pengurusan pasukan, pelantikan jurulatih dan pemilihan para pemain.
Katanya, memandangkan pertandingan bagi kedua-dua liga itu berlangsung pada pertengahan tahun depan, SAFA masih mempunyai masa untuk menyediakan pasukan yang mampu bersaing dalam kedua-dua liga itu.
Pada majlis itu, Penaishat SAFA, Datuk Seri Salleh Tun Said juga menyampaikan sumbangan kepada semua pemain-pemain Sabah FC manakala Bung Moktar menyerahkan reflika cek bernilai RM300,000 untuk sumbangan kepada bekas pemain negeri negeri, Bobby Chua yang mengidap penyakit ALS untuk menjalani rawatan lanju t.