28.2 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BUNG CADANGKAN SETIAP DAERAH MEMILIKI KOLAM TAKUNGAN AIR

DENGAR…Bung (tengah) ketika mendengar taklimat dari Jurutera JKR Daerah Pitas semasa program tersebut.

PITAS: Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin mencadangkan agar setaip daerah di negeri ini mempunyai kolam takungan airnya sendiri sebagai alternatif tempat menyimpan air untuk digunakan apabila berlaku gangguan bekalan apabila berlakunya banjir atau musim kemarau.

Untuk itu Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah meminta semua pegawai daerah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh beberapa agnesi seperti Jabatan Air,Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran Jabatan ,Jabatan Mineral dan Geosains serta lain lain agensi berkaitan bagi membincangkan pelan cadangan dan tindakan disamping mencari tapak yang sesuai.

“ Apabila ada cadangan dan laporan terperinci yang disyorkan oleh jawatankuasa berkenaa, memudahkan pihak kerajaan mengambil tindakan susulan dan menyediakan peruntukan untuk melaksanakan projek ini” katanya ketika ditemui selepas mendengar taklimat dari Jurutera Daerah JKR Pitas mengenai keroskan keroskan jalan-jalan jabatan dan paip paip air ekoran banjir yang berlaku di daerah itu baru baru ini di bilik mesyuarat JKR Pitas baru-baru ini.

Taklimat tersebut disampaikan oleh jurutera daerah JKR Pitas Lim Dixon Amando,turut dihadiri oleh Pembantu Menteri JKR Datuk Limus Jury, Adun Bengkako Harun Durabi dan Pegawai Daerah Pitas Haji Bakri Haji Nanun.

Menurut Bung timbul masalah bekalan air bersih di beberapa buah di Sabah apabila berlaku musim banjir ekoran air dari sungai tidak dapat disedut disebabkan air keruh,dengan kadar keruhan ( NUT) yang tinggi menyebabkan ianya tidak boleh diproses atau disebabkan alat muka suak dipenuhi sampah dan lumpur.

“ Selama ini kita sedut air dari sungai terus ke rumah pam untuk diperoses dan apabila masalah di atas timbul dengan stok bekalan air di loji terhad menyebabkan kita memangambil masa berminggu malah berbulan baru dapat membekalkan air bersih kepada pengguna” katanya.

Tambah Bung sekiranya ada kolam penyimpan air,ianya boleh digunakan untuk membekalkan bekalan air bersih kepada pengguna sebagai alternatf bagi mengatasi terputus bekalan air semasa berlakunya musim banjir dan kemarau.

“ Setakat ini hanya tiga daerah sahaja di negeri ini mempunyai kolam takungan iaitu di Telibong Tamparuli, Milau Kudat dan di Sagaliud Kudat sementara daerah-daerah hanya bergantung dari bekalan dari rumah pum yang disedut terus dari sungai” jelas Bung.

Dalam perkembangan lain Bung meneliti setiap laporan keroskan jalan,jambatan dan paip air yang terjejas di daerah Pitas ekoran masalah banjir yang berlaku baru baru ini dan meminta Jurutera Daerah mengambil tindakan segara dengan mendahulukan masalah yang terlalu kritikal sehingga menjejaskan sistem perhubungan masyarakat di kawasan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN