25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BUNG AJAK RAKAN RAKAN SEANGKATAN ERA PEMUDA UMNO BERI PADANGAN DAN IDEA MAJUKAN SABAH

SILATULRAHIM..Bung (tengah) bersama rakan rakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno seangkatan sekitar tahun 1991.

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri 1 Dato’ Sri Bung Moktar Radin mengajak rakan-rakan seangkatan dalam era Ketua Pergerakan Pemuda Umno sezaman dengan beliau memberi sumbangan kepada usaha membangunkan negeri.

Beliau berkata sokongan daripada mereka penting dalam usaha kerajaan baharu di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membangunkan negeri ini selaras dengan slogan kerajaan negeri “Sabah Maju Jaya”

“Sekarang masa untuk kita sama-sama membina negeri dan kerajaan ada hala tuju jelas ke arah itu serta usaha menunaikan manifesto GRS yang dibuat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 16 baru baru ini”

MESRA..Bung beramah mesra dengan sebahagian rakan rakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno seangkatan beliau semasa majlis tersebut

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata rakan rakan seperjuangan dalam kepimpinan Pemuda Umno sebelum ini merupakan pemimpin terdekat akar umbi terdiri dari golongan profesional ,ahli perniagaan malah ada bekas wakil rakyat sudah tentu lebih memahami aspirasi rakyat yang mengharapkan pembelaan dari segi pembangunan dan kesejahteraan kehidupan.

” Jika semua rakyat bersatu termasuk rakan rakan dalam kepimpinan pemuda UMNO sebelum ini dengan mengenepikan fahaman Politik masing-masing masa depan negari sudah tentu boleh diubah dimana kerajaan mengalu-alukan mereka memberi sumbangan menerusi kepakaran dalam bentuk idea, syor dan teguran” jelas Bung

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata masanya telah tiba untuk semua pihak berganding bahu memajukan negeri Sabah dari segi pembangunan,ekonomi serta kesejahteraan rakyat .

” Kita ketepikan cerita politik, kerajaan hari ini lebih melihat ke hadapan untuk membangunkan negeri ,setiap pemimpin mempunyai aspirasi yang sama untuk memajukan negeri ini justeru sebagai pemimpin dalam kerajaan saya mengamalkan pintu terbuka untuk mendengar segala pandangan dan cadangan positif yang boleh membawa kebaikan kepada negeri dan rakyat” tambah Bung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN