24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bulatan Merdeka  dinaik taraf, mercu tanda baharu Labuan

KERJA kerja menaik taraf Bulatan Merdeka sedang dilaksanakan.

LABUAN: Keindahan Labuan akan mula terserlah kembali selepas  pihak Perbadanan mengambil ini siatif baharu untuk menaik taraf Bulatan Merdeka  menjadi sebuah mercu tanda ikonik yang mampu mengamit setiap pengunjung dan pelancong yang berkunjung ke Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail  berkata projek menaik taraf itu sebahagian daripada  usaha pihak Perbadanan Labuan untuk memperindahkan Labuan sebagai sebuah pulau bebas cukai dan pulau pelancongan  yang menarik.

“Bulatan Merdeka  yang dibina sekitar tahun 1970 an  telah   dinaik taraf buat pertama kalinya sekitar tahun 1980-an  dan disusuli pada tahun 1990-an…. Perbadanan Labuan akan melakukan yang terbaik untuk mengindahkan semula Labuan.

Perbadanan Labuan katanya,  sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk mengindahkan semula pulau Labuan.

“Justeru itu kita memerlukan kerjasama yang erat daripada masyarakat untuk menyokong projek ini” katanya.

Rithuan turut berharap pengguna jalan raya  di sepanjang bulatan itu supaya sentiasa berhati-hati kerana kerja-kerja menaik taraf projek ini memakan masa yang agak panjang iaitu kira-kira 10 bulan.

Katanya,  reka bentuk projek berkenaan berkonsepkan  maritim dengan pembinaan  karangan yang dikelelingi rumpai laut tiruan dan landskap tersusun.

“Raka bentuk  baharu ini melambangkan kedudukan Labuan yang dikelilingi laut, selain itu seluruh kawasan Bulatan Merdeka akan diterangi untuk menjadikannya tempat yang meraiah ditengah tengah bandar Labuan” katanya.

Jelas Rithuan projek yang akan dilaksanakan oleh kontraktor tempatan  ini telahpun bermula pada awal Febuari  lalu dijangka siap pada penghunjung bulan Disember.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN