ADVERTISEMENTspot_img

Budaya, tradisi diwarisi sejak nenek-moyang perlu diteruskan : Robert

Robert bermesra dengan penduduk yang hadir pada majlis itu.

KENINGAU:Budaya dan tradisi yang diwarisi sejak nenek-moyang perlu diteruskan agar ia dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik berkata, ini penting demi kesenimbungan budaya yang diwarisi turun temurun dari nenek-moyang.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, budaya dan tradisi adalah identiti setiap suku kaum di negeri ini.

“Justeru itu ia perlu dikekalkan agar ia tidak pupus dalam arus pembangunan dan perubahan” katanya semasa menghadiri jemputan Ulang Tahun Keuskupan Ke-29 dan Pesta Kaamatan Komuniti Umat Katolik (KUK) St. Fabianus Kampung Tonobon Baru, Keningau dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tonobon Baru Keningau baru-baru ini.

Mengenai majlis itu Robert berkata, ia amat bermakna dalam mengekalkan perpaduan dikalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Pada masa sama beliau menghargai jemputan jawatankuasa penganjur yang mejemput beliau pada majlis yang disambut dengan meriah itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN