28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

BUDAYA CERMINAN IDENTITI KAUM : ROBERT

Robert memalu gong sebagai tanda rasminya majlis itu.

APIN-APIN : Budaya sesebuah suku kaum itu adalah cerminan indentiti kaum itu sendiri dan ianya perlu diwarisi oleh generasi demi generasi supaya ianya tidak hilang di telan zaman.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah  Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, mengekal dan memelihara budaya yang menjadi aset terpenting itu mestilah diterapkan melalui generasi ke generasi untuk diwarisi.

Menurutnya, mewarisi tradisi kaum sendiri bukan bermakna kolot atau berfikiran lama malah ianya suatu kebanggaan terhadap budaya sendiri sekaligus memeliharanya sampai bila-bila.

“Golongan generasi muda perlu mengambil tahu kebudayaan kaum sendiri khususnya amalan tradisional yang perlu dikekalkan, diwarisi dan dipraktikkan agar ianya tetap original meski hidup di zaman kemajuan hari ini.

Jika kebudayaan kaum ini hilang, maka hilanglah juga identiti kaum tersebut, “ katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Apin-Apin, Merampong dan Bungaraya di sini.

Robert bersama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat menikmati jamuan makanan tradisi.

Robert yang juga ADUN Bingkor berkata,  Pesta Kaamatan merupakan landasan yang baik untuk mendedahkan kesenian dan kebudayaan kaum bumiputera Sabah kepada masyarakat yang bukan dari kalangan KadazanDusun di negeri ini.

“Sudah pasti melalui aktiviti atau program kebuRobert bersama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat menikmati jamuan makanan tradisi.dayaan seumpama ini sekaligus akan membolehkan masyarakat luar lebih memahami budaya tempatan selain mampu memupuk semangat perpaduan dan persefahaman yang kukuh.

Perpaduan yang kukuh pula akan menjamin keamanan kerana ianya adalah kunci ke arah menjadikan Sabah lebih makmur dan harmoni serta disegani di persada dunia,” katanya.

“Pesta Kaamatan atau dalam bahasa Kadazannya ‘Magavau’ merupakan upacara khas bagi menghormati ‘Bambazon’ (semangat padi) dan ianya adalah tradisi turun temurun suku kaum KadazanDusun selepas musim menuai padi.

Ianya umpama melahirkan rasa kesyukuran dalam bentuk ritual supaya hasil tuaian bertambah baik di tahun-tahun mendatang,” jelas Robert yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Sambutan Kaamatan Negeri Datuk Seri Panglima Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN