31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

BSMM Labuan   main peranan penting dalam membantu masyarakat

TUNKU Safinaz (enam dari kiri)   bersama kepimpinan BSMM Labuan yang menerima watikah bagi sesi 2022-2024.

LABUAN: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Wilayah Pwersekutuan Labuan telah memainkan peranan  penting dengan melaksanakan pelbagai aktiviti bagi membantu masyarakat dipulau ini khususnya sepanjang tempoh pendamik COVID 19.

Pengerusi Kebangsaan BBSM, Tan Sri Tunku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata, BBSM Labuan yang mempunyai keahlian seramai 181 orang   telah bergiat aktif   menganjurkan pelbagai program bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata, antara aktiviti yang berjaya dimainkan oleh BSMM Labuan ialah dengan menganjurkan sebanyak 7 kali  kempen derma darah sepanjang tahun lalu dengan kutipan berjumlah 450 pain untuk membantu tabung darah Hospital Labuan.

“Selain itu 22 orang sukarelawan pasukan petugas  COVID 19 BSMM Labuan juga terlibat membantu Jabatan Kesihatan  bagi aktiviti   Crisis Preparedness and Respone Centre (CPRC), membantu bahagian pemotongan gelang dan Annex 17 serta Bahagian  Swab Test dan Annex 14b, Bahagian Lapangan (Komuniti Luar) dan Pasukan bergerak Promosi Kesihatan” katanya.

Beliau bertitah  demikian  dalam Majlis Santapan Malam BSMM Labuan yang diadakan di salah sebuah hotel di sini, pada Isnin.

BSMM Labuan juga katanya, telah terlibat membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam mencari  peyumbang  bagi mendapatkan keperluan  minuman dan makanan, alat kebersihan diri dan kelengkapan  pelindung diri (PPE) bagi keperluan kegunaan di pusat kurantin, Jabatan Koreksional dan Hospital Labuan.

“Semasa pandemik COVID-19 BSMM  Labuan turut membantu mengedarkan  sebanyak 500 bakul makanan kepada mereka yang terjejas dengan pendemik itu” titahnya.

Pada majlis itu Tunku  Safinaz turut menyampaikan watikah baharu kepada 12 ahli BSSM bagi sesi 2022-2024.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan, Datuk Othman Che Jusoh, Setiausaha Agung BBSM Kebangsaan, Hakim Hamzah dan Pengerusi BBSM Labuan, Datin Christine Mungge.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN