TERIMA KASIH…Datuk Jonathan (tiga kiri)menerima cenderakenangan ‘Baju T disampaikan Mohd.Khairul diperhatikan yang lain.
KUNDASANG: Seramai 860 peserta Borneo Highland Marathon yang di adakan di Masilou di sini baru-baru ini.
Pelepasan peserta Marathon tersebut telah disempurnakan Ahli Parlimen Ranau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas(JPKP)Malaysia, Datuk Jonathan Yasin.
Datuk Jonathan ketika ditemui sejurus pelepasan peserta, memuji Jawatankuasa penganjur, kerana berjaya melaksanakannya setiap tahun dan mendapat penyertaan menggalakkan daripada orang ramai khususnya warga Kundasang dan dari beberapa buah daerah di Sabah.
“Kita mengharapkan Marathon seumpama ini boleh menjadi daya tarikan dikalangan pelancong tempatan dan luar negeri”, jelas Datuk Jonathan.
Terdahulu Pengerusi penganjur program itu, Mohd.Khairul Sam Bin Muadin ketika ditemui, memaklumkan antara objektif Marathon itu ialah, menjadikan Masilou sebagai sebuah lokasi Hub-Pelancongan di Sabah khasnya dan di Malaysia amnya selain menjadikan Marathon (BHMM) sebuah anjuran wajib tahunan dimasukkan dalam kalender Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Sabah.
“Marathon ini juga lebih menjurus amalan gaya hidup sihat melalui sukan dan rekreasi”, jelas Mohd.Khairul.
Menurutnya, Marathon itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu, 15 kilometer peserta terbuka Lelaki-perempuan dan lelaki-perempuan vetran manakala 25 kilometer pula melibatkan kategori lelaki-perempuan veteran sementara 50 kilometer adalah terbuka kepada lelaki-perempuan.
Mohd.Khairul berpuas hati program itu telah berjalan lancar dan teratur hasil komitmen terbaik dikalangan Jawatankuasa pengelola serta kerjasama daripada semua peserta dan orang ramai.
“Kita mengharapkan Marathon akan datang mendapat penyertaan yang lebih ramai lagi termasuk peserta dari luar negeri Sabah” tambah Mohd.Khairul.
           Â