28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Borneo Art Festival mampu kukuhkan kepelbagaian budaya

Dr Zaliha menakan butang sebarang tanda rasmi Malam Apresiasi dan Penutupan BAF 2024 di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, pada Ahad lalu.

LABUAN: Penganjuran Borneo Art Festival (BAF) mampu memperkukuhkan kepelbagaian kaum dan budaya dalam negara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata penganjuran BAF bertaraf antarabangsa ini adalah contoh bagaimana seni dan budaya dapat diangkat sebagai elemen penting dalam membina kerjasama serantau khususnya antara negara BIMP-EGA yang melibatkan Brunei Darussalam, Indonesia dan Filipina.

“Penganjuran BAF  yang berprestij ini juga secara tidak langsung menonjolkan kekuatan bakat bakat seni dan budaya yang terjalin antara Labuan dengan negara negara luar seperti BIMP-EGA.

“Saya menyaksikan program seperti ini bukan sekadar perayaan seni tetapi juga sebagai pemacu kepada perkembangan ekonomi dan pelancongan di Labuan.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Malam Penutupan Borneo Art Festival di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan pada Ahad lalu.

Selain itu beliau berkata, penganjuran BAF ini secara tidak langsung menonjolkan kekuatan bakat bakat seni tempatan yang boleh dikembangkan dan dipromosikan ke peringkat antarabangsa sekaligus memperluaskan pengaruh seni serantau.

Zaliha berkata kedudukan geografi Labuan yang strategik memberi keyakinan Labuan berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan dan mencapai peningkatan kedatangan pelancong luar.

Katanya,  berdasarkan rekod Tourism Malaysia pada separuh akhir tahun 2024, Malaysia mencatatkan ketibaan pelancong yang singnifikan iaitu seramai 118 juta orang yang menunjukkan peningkatan sebanyak 28.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

“Saya yakin Labuan berpotensi untuk turut menyumbang kepada angka angka pelancongan yang saya sebutkan tadi. Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang boleh dikembangkan sebagai  produk pelancongan yang berpotensi yang sedia ada”, katanya.

Pada majlis itu, Dr. Zaliha turut melancarkan logo ‘ Pearl Of Borneo’ sebagai langkah awal mempromosikan produk pelancongan Labuan yang  dapat memberi impak kepada ekonomi tempatan.

Hadir sama Ahli Parlimen Labuan Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN