BASHIR (berdiri tengah) bersama pemain MAIWP dan pemimpin masyarakat.
LABUAN: Perlawanan Bola Sepak persahabatan antara Kelab Kebajikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan dengan pasukan pemimpin pemimpin masyarakat menjadi landasan terbaik dalam mengeratkan hubungan silaturahim warga MAIWP dengan pihak pemimpin masyarakat di pulau ini, demikan kata Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.
Beliau berkata demikian selepas hadir menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan antara kedua dua pasukan yang diadakan di padang Sintetik Komples Sukan Labuan, pada Sabtu.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mohammad Syahffie Haji Japril, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan dan Presiden LAFA, Sophian Said yang turut bermain mewakili pasukan pemimpin masyarakat serta Pengurus MAIWP, Ustaz Md Fadzli Md Saad.

CENDERAHATI….Ustaz Md Fadzli Md Saad (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Mohd Dzulfaizal.
Pasukan pemimpin masyarakat Labuan yang diterajui oleh MPP turut dibarisi oleh beberapa pelbagai pemimpin masyarakat antaranya Ketua Ketua Kampung, Pengerusi pengerusi MPP Sub zon, selain pemimpin dari Persatuan Penggiat Media Labuan dan Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA).
Sementara itu, Mohd Dzulfaizal berkata, perlawanan persahabatan itu lebih menjurus kepada mengeratkan kerjasama dan hubungan dengan pihak MAIWP khususnya dalam menyelesaikan isu isu berbangkit dengan hal-hal kebajikan dan keperluan asnaf di pulau ini.
Perlawanan yang berlangsung selama 90 minit itu menyaksikan pasukan MAIWP berjaya menewaskan pasukan pemimpin masyarakat dengan jaringan 4-2.