31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Biro Penerangan GRS buat laporan polis terhadap Azis Jamman

Halil Ruffili (kiri) dan Tsabbit Mukti (kanan) memegabg laporan polis.


PENAMPANG: Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah telah membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman susulan tuduhan menyamakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sama seperti Firaun.

Laporan dibuat oleh dua Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Halil Ruffli dan Tsabbit Mukti di Balai Polis Penampang.

Halil berkata kenyataan Datuk Ajis Jamman sangat berniat jahat seolah-olah GRS itu kerajaan yang zalim dan disamakan dengan firaun, manakala pemimpin-pemimpin warisan adalah seperti Nabi Musa.

“Ucapan Ajis Jamman ini sangat jelas menghasut rakyat dengan menggunakan agama bagi memesongkan akidah rakyat”.

“Kita sedia maklum rakyat negeri ini sangat menolak extrimis yang menggunakan agama demi kepentingan politik yang akhirnya akan membawa kepada perpecahan keunikan rakyat Sabah yang Selama ini telah wujud”, jelas Halil

“Oleh itu saya menyeru kepada masyarakat Sabah agar tidak terpengaruh dengan cara politik sedemikian” katanya.

Sementara itu, Tsabbit Mukti yang juga AJK Biro Penerangan PGRS Pusat berkata kita faham Pilihanraya Negeri Sabah akan berlaku dalam tempoh lebih kurang setahun lebih dari sekarang.

Katanya mana-mana pihak bebas untuk berkempen tapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk pemimpin politik menyamakan parti lawan sebagai firaun. Firaun adalah sejahat- jahat manusia.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN