30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bina bangunan baru IPD Keningau dilokasi sesuai: Robert Tawik

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor, Datuk Robert Tawik mencadangkan agar Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) membina sebuah bangunan baru Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau di lokasi sesuai.

Menegaskan perkara itu, beliau berkata lokasi Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau yang ada ketika ini semakin sesak kerana peningkatan ekonomi di Bandar Keningau dimana bangunan itu terletak ditengah-tengah bandar.

“Adalah lebih sesuai jika pihak KDN memindahkan lokasi IPD Keningau ke tapak tanah bekas Pasukan Polis Hutan (PPH) yang mana kawasan itu lebih luas dan mampu menampung bangunan yang lebih besar termasuk ruang letak kereta”. Katanya.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah berkata, keperluan memindahkan lokasi IPD Keningau perlu diberi keutamaan kerana daerah itu adalah tumpuan utama masyarakat dari tiga daerah lain iaitu Tambunan, Nabawan dan Tenom.

Katanya, pertambahan penduduk dan lokasi daerah Keningau yang dekat dengan kawasan persempadanan Malaysia-Indonesia juga antara yang perlu diambil kira untuk pembinaan sebuah bangunan IPD Keningau yang lebih sesuai.

Jelasnya, perpindahan Ibu Negara Indonesia ke Kalimantan Timur bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi antara Daerah Keningau dan kawasan sempadan seperti di Pagalungan dan Pensiangan termasuk mengekang berlaku sebarang isu keselamatan.

“Bangunan yang ada ketika ini bolehlah dijadikan Balai Polis Bandar jika IPD Keningau telah dipindahkan kelak. Ia juga sebagai suatu peluang kepada pegawai-pegawai polis dari dalam dan luar daerah Keningau serta dari luar negeri Sabah berkhidmat di sini jika ada bangunan lebih besar yang mampu menampung kapasiti keanggotaan yang banyak”

“Dengan cara itu, ia sekaligus mewujudkan integrasi yang baik untuk mempromosikan daerah Keningau kepada masyarakat lain kerana terdapat kakitangan dari negeri-negeri lain di Malaysia berkhidmat disini”. Tambahnya.

Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau ketika ini dilengkapi dengan bangunan berek kakitangan dan diketuai oleh Deputi Superintendan Polis (DSP) Nor Rafidah Kasim selaku Ketua Polis Daerah (KPD) Keningau. Kawasan pentadbiran polis IPD Keningau merangkumi dua daerah lagi iaitu Tambunan dan Nabawan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN