30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Biden sudah mulakan persiapan ke White House

Joe Biden

MESKIPUN keputusan akhir Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) masih belum dimuktamadkan lagi dan pengiraan masih lagi berlangsung, namun pasukan peralihan calon Demokrat, Joe Biden dilihat sudah membuat persiapan awal untuk melangkah ke White House.

“Sementara kita sedang menunggu keputusan akhir, saya mahu rakyat AS tahu yang kami tidak menunggu untuk memulakan kerja,” kata Biden ketika berucap pada Jumaat.

Malah Biden juga memaklumkan beliau dan calon Naib Presiden AS, Kamala Harris mengadakan perbincangan secara maya dengan pakar-pakar kesihatan dan ekonomi pada Khamis lalu sebagai langkah memerangi COVID-19 yang jauh lebih membimbangkan.

Sementara itu, ‘sekutu’ Biden, bekas Senator dari Delaware, Ted Kaufman yaag sebelum ini membantu tugas-tugas perundangan ketika proses peralihan pemerintahan bekas Presiden AS, Barack Obama juga kini bersamanya untuk  membantu tugas-tugas peralihan.

Dalam pada itu ada pandangan dari sudut politik yang mengatakan Biden mungkin berdepan dengan kesukaran apabila kem calon Republikan, Donald Trump terus mendakwa kemenangan tanpa mengemukakan sebarang bukti. -Awani

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN