31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bidang pendidikan perlu seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi terkini.

Robert (tiga dari kanan)bersama tetamu dan warga Pejabat Pendidikan Daerah Keningau menyaksikan persembahan tarian pada majlis itu.

KENINGAU:Bidang pendidikan merupakan antara bidang perkhidmatan yang perlu sentiasa berlari pantas dan seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi terkini.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, warga pendidik dan murid-murid termasuk ibu bapa dan orang awam harus sentiasa proaktif dan berani menyahut cabaran yang datang silih berganti dan dalam pelbagai keadaan.

Katanya, bidang pendidikan tidak boleh tidak dan tidak seharusnya dibiarkan bersendirian memikul tanggungjawab merancang dan melaksanakan pendidikan kepada anak-anak yang bakal menjadi sumber tenaga masa depan negara.

“Tuntasnya bila disebut tentang pendidikan, semua pihak perlu memberikan komitmen mengikut kapasiti masing-masing” katanya semasa berucap pada Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Keningau pada Sabtu lepas.

Hari Terbuka itu diadakan serentak di seluruh negara.

Pada masa sama Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berharap agar Hari Terbuka PPD Keningau 2022 dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendekatkan lagi masyarakat dengan organisasi ini terutamanya atas kesedaran untuk lebih memahami dan menanggapi tanggungjawab dunia pendidikan selain dalam membina semula kehidupan pasca pandemik COVID-19 masa ini.

Beliau juga berharap segala pengisiannya akan memberi maanfaat kepada masyarakat keseluruhannya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN