Antara wakil menyertai BERSATU menyerahkan borang kemasukan mereka kepada Datuk Masidi diperhatikan Datuk Amisah dan yang lain.
RANAU: Meskipun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan parti baharu, namun di Parlimen (P.179) Ranau kini mencatatkan lebih 5,000 (lima ribu) ahli baharu telah mendaftar.
Ketua Bahagian Bersatu Ranau, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun mengharapkan jumlah itu akan bertambah dari masa ke semasa dengan adanya usaha dan komitmen tinggi daripada semua jentera parti termasuk Armada dan Srikandi serta usaha keras daripada Jawatankuasa Bahagian serta sokongan padu daripada semua parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang akan meletakkan kemenangan memihak kepada calon Bersatu pada PRU akan datang.
“Sesungguhnya kehadiran kita pada hari ini merupakan pecerminan sikap kesetiaan kita kepada parti”, jelas Masidi ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Armada dan Srikandi Bersatu Bahagian P.179 di Dewan Masyarakat Ranau pagi tadi.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Negeri Sabah, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan berkata, walaupun dalam keadaan negara sedang berdepan dengan cengkaman pandemik Covid-19 yang telah membatasi segala pergerakan aktiviti harian, namun tetap berjaya mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian BERSATU Ranau pada tahun ini.
“Mesyuarat seperti ini merupakan peluang untuk kita bersemuka, berama-mesra sama-sama melafazkan ikrar taat setia dan menyatakan sokongan padu kepada pemimpin parti kita dari semua peringkat cawangan hingga ke peringkat Pimpinan Pusat.
“Sesungguhnya, sokongan kita merupakan akar tunjang parti agar terus kuat perkasa serta tidak mudah goyah dala bag mendepani segala ancaman dan rintangan yang datang dari pelbagai arah dan pelbagai bentuk.
“Kita adalah sumber utama kekuatan parti, tanpa sokongan kita parti tidak akan mampu untuk bertahan lama’, tegas Datuk Masidi, sambil menegaskan kepada hadirin supaya sentiasa mematuhi SOP yang di tetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kini belum berakhir.
Hadir sama ialah, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Ketua Srikandi Bahagian Ranau, Datuk Amisah Yassin, Ketua Armada Ranau, Rosdi Abd.Ghani dan perwakilan GRS Ranau.



