Beri keutamaan kepada penduduk pedalaman untuk memperoleh bekalan vaksin dos tunggal CanSino.

Beri keutamaan kepada penduduk pedalaman untuk memperoleh bekalan vaksin dos tunggal CanSino.

01/07/2021 Off By Marutin Ansiung

Yazid….pemberian vaksin dos tunggal ini boleh mengurangkan bebanan penduduk di kawasan Pedalaman.

KENINGAU:Ahli Jawatankuasa Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) Bahagian Bahagian N.40 Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles menyokong kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)LIawan Datuk Annuar Ayub Aman yang meminta supaya Kerajaan Negeri dan Persekutuan memberi keutamaan kepada penduduk Pedalaman di negeri ini untuk memperoleh bekalan vaksin dos tunggal CanSino.

Yazid  berkata, Vaksin Dos tunggal CanSino memang sesuai diberikan penduduk di luar Bandar yang agak jauh dari bandar.

“Dengan pemberian dos vaksin tunggal ini boleh mengurangkan bebanan dan mengatasi masalah untuk pergi ke Pusat pemberian Vaksin yang terletak di pusat bandar. Saya bersetuju apa yang dikatakan oleh  wakil rakyat Liawan iaitu pemberian vaksin tunggal kepada penduduk pedalaman boleh menjimatkan masa Dan mengurangkan Kos perbelanjaan  kerajaan” katanya mengulas kenyataan ADUN Liawan itu.

Selain itu katanya, ia juga mempercepatkan semua penduduk di kawasan Pedalaman  mendapat vaksin.

Yazid berharap agar Kerajaan Persekutuan dan Negeri dapat mempertimbangkan saranan tersebut untuk memberi keutamaan penduduk di kawasan Pedalaman.

Katanya, jika saranan ini dipertimbangkan ia juga dapat menjayakan dan mempercepatkan Program Imunisasi Kebangsaan khususnya di Negeri Sabah dengan berkesan.