27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Beri keutamaan kemudahan dana kepada  golongan wanita majukan perniagaan: Jonathan

Jonathan ketika merasmikan Hari Keluarga AIM peringkat daerah Ranau.

RANAU: Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin, menyarankan kepada kerajaan Negeri Sabah, supaya memberi keutamaan kemudahan dana kepada  golongan wanita di Sabah untuk membantu golongan itu memajukan bidang perniagaan mereka meskipun secara kecil-kecilan.

Menurut  Datuk Jonathan, peruntukan berjumlah RM1.2 bilion daripada kerajaan pusat hasil Cukai Petrolium  kepada kerajaaan negeri Sabah perlu diagihkan juga kepada golongan wanita bagi meningkatkan ekonomi untuk membantu menampung kos sara- hidup keluarga golongan wanita.

“Kita mengharapkan kepada kerajaan pusat supaya menambahkan lagi dana sehingga RM2.2 bilion (hasil Petrolium) pada tahun hadapan untuk digunakan bagi menampung keperluan Infra pembangunan negeri Sabah termasuk pemberian dana kepada golongan wanita untuk memperkasakan perniagaan dan perusahaan mereka”, jelasnya.

Beliau berkata, peranan wanita hari ini semakin penting khususnya membantu membiayai ekonomi keluarga dan meningatkan ekonomi negara, justeru kerajaan harus membantu ke arah mencapai wanita berjaya yang boleh berdikari tanpa bantuan daripada pihak AIM dan kerajaan.

Datuk Jonathan menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Hari Keluarga Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) peringkat daerah Ranau di Padang Pekan Ranau baru-baru ini yang dihadiri lebih seribu ahli ‘Sahabat’ AIM kawasan Ranau dan Kundasang.

Jonathan yang juga mantan Ahli Parlimen P.179 Ranau, memuji Jawatankuasa AIM khususnya Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) daerah Ranau kerana berjaya mengelola program itu tahun ini, selepas terhenti kira-kira dua rahun lepas berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Saya mengharapkan program ini dapat meningkatkan perpaduan dan persaudaraan dikalangan LPS dan menjadikannya sebagai tunjang  meningkatkan perusahaan serta perniagaan yang diceburi ke arah kecemerlangan,” jelas Datuk Jonathan sambil menyeru golongan wanita di Ranau supaya bijak memilih pemimpin pada PRU-15 akan datang.

“Walau siapapun pemimpin yang bakal bertanding pada PRU15 tidak lama lgi, itu terpulang  individu membuat pilihan yang terbaik,” tambah Jonathan.

Turut berucap ialah, Ketua Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa pengajur, Roselinayati Binti Abdullah dan Pengurus Cawangan AIM Ranau, Rujin Bin Mohd.Din, sementara hadir sama ialah, Ketua Daerah Ranau, Muhasip Haji Roman,  Penaung Kelab Usahawan AIM Ranau, Datin Hajah Jaini Binti  Majid, Pengerusi Kelab Usahawan AIM Ranau, Dayang Ainon Binti Mohd.Salleh, Ketua-Ketua Blok, Ketua-Ketua Unit dan semua Sahabat AIM Ranau-Kundasang, diserikan dengan pelbagai acara Pertandingan Sukaneka dan cabutan Nombor Bertuah.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN