Artis Pentarama ketika membuat persembahan.
KENINGAU: Program Simfoni Rakyat Komuniti Madani Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah menyalurkan maklumat dasar kerajaan melalui hiburan.
Program tersebut yang diadakan di Dewan Datuk Ellron Angin Kg Biah Tengah menampilkan persembahan barisan penyanyi Pentarama JaPen yang dihadiri sekitar 500 orang penduduk sekitar.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah Keningau, Ag. Mamun Ag Saman, sambil berhibur kita menyampaikan informasi bermaklumat kepada masyarakat.
“Malam ni kita laksanakan program yang bertujuan menyampaikan maklumat dasar kerajaan kepada masyarakat sambil berhibur.
“Kita laksanakan dengan selang selikan nyanyian dan sampaikan maklumat supaya orang yang datang tidak bosan.
“Setiap program kita sebenarnya adalah program masyarakat yang dirancang oleh masyarakat untuk masyarakat, kita hanyalah sebagai pelaksana berharap agar objektif kita tercapai salurkan maklumat kerajaan, “katanya ketika ditemui media.
Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Edi Rizam, Ketua Komuniti Madani Kg Biah, Maulana Husain dan Ketua Kampung, Teresa Kilat. –PENERANGAN