ILUSTRAAI…. Tular dalam media-media sosial seperti ‘Whatsapp’, ‘ Facebook’ dan ‘Instagram’. Gambaran lakaran ilustrasi Pekan Ranau dilengkapi dengan bangunan pencakar langit
RANAU: Berangan-angan untuk melihat sebuah kawasan Pekan menjadi Bandaraya atau Kota Raya mungkin suatu yang amat di idam-idamkan semua pihak dalam menempuhi kehidupan alaf moden masa kini.
Sejak beberapa minggu ini, terkesan beberapa paparan ilustrasi teknologi canggih menerusi lakaran ‘Photo-Impose’ yang memaparkan gubahan Pekan Ranau dan beberapa pekan utama di negeri Sabah yang kononnya telah maju dengan dilengkapi bangunan pencakar langit dan beberapa kemudahan lain seperti sistem perkhidmatan awam ‘Monorail’ serta jalan raya bertingkat.
Gambaran jalanraya bertingkat menuju ke Pekan Kundasang dan Ranau.
Dalam lakaran itu juga, terpampang bangunan-bangunan asal yang berada disekitar pekan tersebut seperti bangunan Pasaraya Milimewa Ranau, Gunung Kinabalu, Laluan Beratap menuju ke Kawasan Tamu Besar Daerah Ranau, Hotel Juta Keningau dan beberapa lagi fasaliti sedia ada. Disebalik bangunan asal tersebut, dilakarkan bangunan-bangunan moden yang kononnya menunjukkan kawasan tersebut telah berubah dari sudut pembangunan semasa.
Suasana Pekan Keningau berubah kepada Bandaraya dilengkapi kemudahan pengangkutan awam ‘Monorail’.
Walaupun pada dasarnya ia merupakan suatau ilustrasi bahan jenaka dalam media sosial,namun disudut lain, ia juga menunjukkan bahawa imaginasi generasi moden ketika ini nyata mengidamkan suatu perubahan besar dalam sesebuah kawasan seperti mana yang di ilhamkan menerusi lakaran tersebut.
Tinjauan mendapati, ilustrasi tersebut juga ditularkan dalam media-media sosial seperti ‘Whatsapp’, ‘ Facebook’ dan ‘Instagram’ serta mendapat reaksi pro dan kontra natizen yang melihatnya. Namun,realitinya,ramai natizen memberikan maklum balas positif sekiranya Pekan Ranau atau pekan-pekan lain di negeri Sabah terus membangun pesat seperti mana gambaran maya yang dilakarkan..
Kredit– kepada individu ‘photo impose’