25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Benjolan Besar Pada Seluar, Seorang Lelaki Dituduh Mencuri

Gambar Sekadar Hiasan

LONDON: Kerana benjolan besar di dalam bahagian hadapan seluar, seorang lelaki dituduh mencuri dengan menyembunyikan sesuatu di dalamnya.

Dalam kejadian baru-baru ini di salah sebuah pasaraya di London, kecerian
Steve Whitehurst, 47 bersama teman wanitanya bertukar tegang  apabila  pengurus pasaraya berkenaan mencuragai benjolan pada seluar jeans Steve.

“Ketika saya berjalan ke arah kaunter untuk membuat pembayaran, saya dituduh menyumbat sesuatu barang ke dalam seluar saya oleh pengurus pasaraya.

“Saya memberitahunya bahawa saya memakai seluar jeans ketat yang menyebabkan benjolan itu. Namun pengurus tersebut tidak menerima hakikat bahawa benjolan itu sebenarnya zakar saya.

Saya marah dan menanggalkan seluar saya untuk menunjukkan seluar pendek saya di depan semua orang kerana saya tiada apa untuk disembunyikan, tetapi dia masih tidak mempercayai saya.

“Saya memberitahu pengawal keselamatan untuk mengikut saya ke dalam sebuah bilik untuk membuktikannya dan selepas menanggalkan seluar pendek saya, dia keluar untuk memberitahu pengurus bahawa saya  bercakap benar,” katanya dengan geram.

Menurut Steve, mereka akhirnya meminta maaf atas salah faham yang berlaku. Katanya, kejadian itu amat memalukan dan Steve rasa dicabul.

“Saya cuma mempunyai zakar yang besar dan tiada sebab ia akan menimbulkan kekecohan!. Sebelum ini saya terpaksa melalui saat yang menyakitkan dan memalukan sebelum saya mempunyai zakar besar ini,” tambahnya.


Sumber: Fox News

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN