30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Belum Angkat Sumpah Sebagai ADUN Nabawan, Ghani Terus Berkhidmat

Ghani (tiga dari kiri) semasa melawat pos kawasan di Sinsingon Sepulut.

NABAWAN:Walaupun belum mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)namun Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin yang memenangi kerusi DUN Nabawan pada PRN baru-baru ini terus menjalankan tanggungjawabnya.

Pada Sabtu lepas iaitu pada hari pertama sekatan jalanraya rentas daerah dilaksanakan berikutan penularan COVID 19 yang mendadak di Pantai Timur Sabah beliau telah membuat lawatan di sekatan jalanraya Kampung Sinsingon Sepulut.

Menurut Ghani yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)Pensiangan, lawatan itu bertujuan memberi sokongan moral dan semangat kepada petugas barisan yang sememangnya berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa menjalankan tugas.

Justeru itu katanya, masyarakat awam perlu memberi kerjasama dan menghargai peranan petugas barisan hadapan yang dianggotai oleh PDRM, KKM, RELA dan agensi-agensi yang berkaitan.

Ghani (depan dua dari kiri) bersama Baharuddin (depan) kiri bergambar dengan anggota Balai dan rombongan.

Sempena lawatan sulung itu, Ghani menyampaikan sumbangan berbentuk bahan makanan dan minuman kepada petugas di pos kawalan itu.

Selepas itu pada hari yang sama Ghani dan rombongan mengadakan kunjungan santai kepada Ketua Balai Polis Nabawan Sarjan Mejar Baharuddin Ismail.

Selain bersuai kenal, dalam kunjungan santai itu Ghani juga menyampaikan sumbangan berbentuk barang makanan di Balai Polis Nabawan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN