27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Belia Kg. Berungis Bingkor terima sumbangan set jersi bola sepak daripada Timbalan Ketua Wiramuda STARSABAH

Raziddin (memegang jersi nombor 1)bergambar kenangan bersama belia Kampung Berungis.

KENINGAU:Timbalan  Ketua Wiramuda StarSabah pusat  Raziddin Datuk Robert menyerahkan sumbangan satu set  jersi bola sepak  kepada belia Kampung Berungis Bingkor .

Sumbangan tersebut telah diterima oleh wakil belia kampung itu Rusly Jool.

Razidin diiringi oleh Ketua Wiramuda StarSabah Bahagian N.40 Bingkor Florian Ilon menyampaikan jersi itu kepada belia Kampung Berungis dalam satu majlis ringkas di padang kampung itu kelmarin.

Rusli Jool merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Raziddin atas sumbangan satu set jersi untuk kegunaan belia di kampung tersebut. 

Menurutnya, sebelum ini belia di kampung ini khususnya pasukan bola sepak   belum pernah menerima sumbangan  jersi dari mana-mana  pihak.

Katanya, dengan adanya sumbangan tersebut ia amat bermakna sekali kepada belia di kampung ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN