29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

BELANJAWAN 2021 BERKAITAN PEMBINAAN LEBIH RAYA PAN BRONEO RAKYAT SABAH TERKILAN: BUNG

Datuk Sri Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) berkata rakyat Sabah terkilan dengan belanjawan 2021 berkaitan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini.

Katanya peruntukan pakej pembinaan Lebu Raya itu tidak menampakkan akan menjadi realiti dimana hanyat sekitar 25% dapat dilaksanakan di Sabah berbanding dengan negeri jiran Sarawak sekitar 60%.

“ Kalau peruntukan hanya 460 juta untuk satu pakej sudah tentu hasrat rakyat Sabah untuk menikmati sebuah lebuh raya yang lebih baik dan selesa tidak akan menjadi realitinya tapi akan menjadi mimpi ngeri ( nightmare) ” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Kerja Raya di dewan Rakyat pada isnin lepas.

Menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah kemajuan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah tidak memperlihatkan perkembangan positif lebih lebih lagi semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan di sokong oleh kerajaan Warisan Sabah sebelum ini, telah membatalkan Pinjaman Mudah (Soft Loan) antara faktor kenapa perkembangan pembinaan lebuh raya ini menjadi lembab.

“ Keadaan jalanraya di Sabah amat menyedihkan berbanding dengan negeri negeri lain dan lebih malang semasa kerajaan Warisan memerintah mereka tidak melakukan sesuatu untuk penambahbaikan sistem perhubungan jalanraya di negeri ini” tambah Bung.

Kenyataan Bung itu di sangkal olej Mamun Sulaiman yang bangun mencelah untuk menjawap dakwaan tersebut bagaimanapun Bung memintanya diam.

“ Kamu kalah, jangan banyak cakap ( “You are Loser,Don’t talk too much”) balas Bung kepada Mamun.

Sehubungan dengan itu Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah mencadangkan kepada kerajaan Pusat agar membenarkan kerajaan negeri menjalankan seluruh pakej Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah secara Insisiatif kewangan swasta(PFI) agar projek ini dapat diteruskan tanpa sebarang masalah.

“ Rakyat Sabah berhak menikmati Lebuh Raya yang lebih baik dan selesa seperti yang dinikmati oleh rakyat di negeri-negeri yang lain” jelas Bung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN