George (kanan) mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Bauris.
KENINGAU:Seorang bekas pelatih OISCA Bauris Ulat dari KampungBingkor Lama melahirkan rasa gembira selepas menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Sumbangan disampaikan oleh kakitangan Pejabat Operasi UPPM N.40 Bingkor George Dairie mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.
Bauris akan menghadiri majlis reunion bekas-bekas pelatih OISCA Sabah di Daerah Tuaran.
“Saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana mempunyai wakil rakyat yang begitu prihatin, dengan adanya sumbangan ini ia dapat meringankan beban saya dari segi kos pengangkutan dan keperluan yang lain” katanya..
Sementara itu, seorang pendukuk Razzery Akilis dari Kanpung Bingkor Baru yang mengalami masalah keroskan bumbung rumah akibat dihempap pokok tumbang turut bergembira kerana mendapat sumbangan berbentuk bahan binaan.
Sumbangan disampaikan oleh kakitangan pejabat wakil rakyat N.40 Bingkor Roger Joanes mewakili Robert kepada Razzery.
“Dengan adanya alat binaan ini saya dapat menggantikan bahagian bumbung rumah yang rosak agar rumah kediaman kami dapat didiami dengan selesa” katanya.