29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BCG tubuh sekolah komuniti  bantu kanak-kanak tidak berkerakyatan

Alvin (kiri) menerima secara simbolik sumbangan dana dari Kumpulan Syarikat Executive Offshore yang berpangkalan di Labuan.

LABUAN: Borneo Combat Gym (BCG) telah menubuhkan sebuah sekolah komuniti bagi membantu kanak-kanak yang tidak memiliki status kerakyatan mahupun yang tidak mempunyai  dokumen  daripada Skim Pelarian Filipina Kampung Muslim dan Kiansam.

Pengasas  sekolah itu, Alvin Chong berkata penubuhan sekolah  komuniti berkenaan tidak berasaskan keuntungan, sebaliknya ingin membantu  dan memberikan pendidikan   inklusif agar mereka  memperolehi pendidikan  dan menjadi insan yang berguna.

Sebahagian kanak kanak yang belajar di sekolah BCG.

Menyedari akan kesungguhan sekolah itu membantu kanak-kanak yang kurang tidak bernasib baik, tanpa memikirkan keuntungan, sebuah kumpulan syarikat berasaskan maritim iaitu Syarikat Executive Offshore telah bermurah hati untuk menyumbangkan dana sebanyak RM15,000.

Majlis penyampaian dana tersebut telah diadakan di Tingkat Empat Bangunan Times Square baru-baru ini.

Menurut Alvin, dana tersebut adalah untuk membantu 19 kanak-kanak berkenaan yang tidak mendapat akses pendidikan awam.

“Dana itu akan digunakan  sepenuhnya untuk keperluan kanak-kanak berkenaan menjalankan kelas akademik menulis, membaca dan mengira selain seni  mempertahankan diri” katanya selepas menerima replika cek  itu  tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN