27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir ucap ‘terima kasih’ kepada Menteri Wilayah

BASHIR ALIAS

LABUAN: Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias melahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa yang telah meluluskan peruntukan RM100,000 bakul makanan untuk diagihkan kepada warga Labuan yang terkesan pendamik COVID 19.


Beliau berkata peruntukan RM100,000 itu telahpun disalurkan kepada Perbadanan Labuan yang diberi tanggungjawab untuk menyelaras dan mengagihkan bakul makanan kepada warga Labuan yang memerlukan bantuan tersebut.


“Saya bagi pihak rakyat Labuan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang amat prihatin dan mementingkan kebajikan dan kesusahan rakyat ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Labuan” katanya.


Bashir yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata dengan adanya peruntukan bantuan (bakul makanan) itu telah dapat meringankan beban ahli keluarga yang terkesan dengan PKPB khususnya di lokaliti Saguking yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan peningkatan kes COVID 19 di lokaiti berkenaan.


Sementara itu, Bashir turut mengingatkan warga Labuan supaya terus kekal dengan arahan prosedur operasi standart (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha menyekat penularan wabak COVID di pulau ini,

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN