Gambar: CENDERAHATI….BAashir menerima cenderahati daripda Mohd Hafiez sempena Kunjungan Hormat tersebut.
LABUAN: Pengerusi Perbadanan Labuan yang baharu dilantik minggu lalu menerima Kunjungan Hormat Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hafiez Mohd Daud di pejabatnya di Tingkat 10 Menara Perbadanan Labuan, pagi ini.
Pertemuan hampir satu jam itu berlangsung dalam suasana harmoni dan saling bertukar tukar pandangan.
Turut hadir Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan, Mohd Dzulfaizal Abdul Manan.
Mohd Hafief berkata kunjungan hormat itu antara lain bertujuan untuk menjelaskan peranan MKN terhadap usaha-usaha merealisasikan konsep keselamatan secara menyeluruh (Comsec) selaras dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.
Sementara itu, Bashir yang juga Ahli Dewan Negara turut menyampaikan padangan dan nasihat untuk mengukuhkan pengurusan Keselamatan Negara di pulau bebas cukai ini.



