Oleh: Jainudin Djimin
LABUAN : Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias (gambar) pula senada dengan kenyataan Rozman apabila menyeru warga Labuan yang masih belum mendaftar Vaksin COVID 19 supaya segera mendaftar bagi mempercepatkan Labuan ke arah imuniti berkelompok.
Dalam catatan di Facebooknya, beliau menjelaskan Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan telah memohon tambahan sebanyak 28,000 dos yang dijangka akan tiba dalam waktu terdekat.
“Justeru saya menyeru kepada semua warga Labuan yang belum mendaftar agar segera mendaftar bagi mempercepatkan Herd Immunity/imuniti berkelompok “katanya.
Beliau berkata, bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mereka yang menpunyai penyakit kronik belum mendapat imunisasi COVID 19 diminta segera mendaftar di My Sejahtera atau secara manual dengan menghubungi Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk atau Ketua-Ketua Kampung masing masing.
Katanya, Labuan telah memasuki fasa ke tiga program pemvaksinan yang melibatkan semua peringkat umur 18 tahun keatas.
“ Semakin cepat imuniti berkelompok di capai, penularan jangkitan penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar masyarakat itu mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan dan peluang COVID 19 dapat dikawal”| katanya.