26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir sempurnakan  Program Merdeka Flag  Run 2021

PERLEPASAN… Bashir (dua kanan) bersama tetamu khas melepaskan  tiga atlit sukan Labuan yang menyertai   Larian Merdeka Flag 2021  di perkarangan Wisma Perbadanan Labuan, pada Ahad.

LABUAN Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias   menyempurnakan perlepasan Merdeka Flag Run 2021 anjuran  Jabatan Penerangan Labuan  dengan kerjasama  Perbadanan Labuan dan Majlis Sukan Labuan  yang diadakan di Wisma Perbadanan Labuan, pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan,  Haji Rithuan Ismail, Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan  Labuan, Superitendan Ahmad Jawila, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa, Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Mohd Hafiez Daud dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.

Program Merdeka Flag Run 2021 yang diadakan tanpa mengabaikan prosedur operasi standart (SOP) COVID 19 itu antara lain bertujuan untuk menyemarakan semangat  patiotisme dan cintakan negara di kalangan warga Labuan.

KIBARAN…  Bashir (tengah) bersama tetamu khas mengibarkan Jalur Gemilang  di pentas utama Larian Merdeka Flag Run 2021, Wisma Perbadanan Labuan.

Antara pengisian utama program tersebut ialah penglibatan 12 atlit sukan Labuan yang mengambil bahagian dalam larian sambil membawa Jalur Gemilang mengelilingi bandar Labuan  bermula dari perkarangan Wisma Perbadanan.

Sementara itu, Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan  Labuan ketika ditemui media yakin   program tersebut dapat menghasilkan impak  yang tinggi   dan  memberi kesan kepada masyarakat Labuan khususnya generasi muda.

“Walaupun sambutan dilaksanakan dalam keadaan norma baharu akibat pendemik COVID 19, namun program tersebut  berjaya diadakan sekaligus menyemarakan semangat cintakan negara   di kalangan warga Labuan” katanya.

Program tersebut diakhiri dengan  nyanyian dan kibaran Jalur Gemilang  ‘Merdeka” sebanyak 7 kali  yang dipimpin oleh Bashir sendiri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN