30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir santuni mangsa kebakaran rumah di Kampung Kilan

BINCANG… Bashir bersama Ketua Kampung Kilan Mohd Hassan berbincang mengenai bantuan yang akan disalurkan ketika melawat rumah mangsa kebakaran Kampung Kilan

LABUAN: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias  pada Ahad menyantuni mangsa kebakaran rumah di Kampung Kilan  sambil menyerahkan sumbangan peribadi  kepada mangsa Ramlee Mahari.

Turut sama dalam lawatan itu, Ketua Kampung Kilan,  Mohammad Hassan Kapal dan Ketua Kampung Bukit Kalam,  Shuhaimi Haji Kula.

Bashir yang juga Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan ketika dihubungi berkata, beliau telah dimaklumkan  pihak Perbadanan Labuan akan bekerjasama dengan pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM)  dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan  untuk membantu menyalurkan bantuan.

“Saya dimaklumkan pihak Perbadanan Labuan dengan kerjasama  PPZ, MAIWP dan JKM akan menyeleraskan  beberapa bentuk bantuan  termasuk untuk mebaik pulih rumah mangsa” katanya.

Beliau yakin dengan adanya bantuan yang akan disalurkan oleh agensi yang berkaitan  dapat meringankan bebanan kepada keluarga mangsa tersebut,

Terdahulu sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr, Fary Akmal Osman   turut melawat rumah mangsa untuk menyampaikan bantuan segera berupa barangan elektrik dan kit makanan.

Sementara itu, pihak JKM melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) juga telah menyalurkan bantuan segera seperti katil, tilam, bantal dan selimut serta barangan lain yang diperlukan oleh keluarga mangsa.

Manakala pihak MAIWP di fahamkan  akan meneliti bantuan dan sumbangan berdasarkan kelayakan yang sesuai dengan keadaan mangsa.

Pada pagi Sabtu,  sebuah rumah jenis kekal milik  Ramlee Mahari di Kampung Kilan musnah 80 peratus di jilat api dalam satu kebakaran.

Dalam kejadian kira kira jam 8 pagi itu, Ramlee, 46, mengalami kecederaan ringan  di badan dan kepala ketika  cuba menyelamatkan diri dengan melompat dari tingkap rumahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN