26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir rasmi  Mesyuarat Persidangan  Tahunan UMNO  cawangan 4 peringkat Bahagian Labuan

RASMI…. Bashir ketika merasmikan Mesyuarat Persidangan Tahunan  UMNO empat peringkat Bahagian Labuan, pada Ahad.

LABUAN: Ketua UMNO Bahagian Labuan, Senator Datuk Bashir  merasmikan secara serentak Mesyuarat Persidangan  Tahunan UMNO Cawangan 4 peringkat  di perkarangan kediaman beliau di Kampung Sungai Lada, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Ghani, Naib Ketua, Sahari Tarji, Ketua Wanita, Hajah Niswati Tarji, Ketua Pemuda, Musa Basman, Ketua Puteri, Jura’adhiyah Dr Harun dan Setiausaha UMNO Bahagian, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.

Mesyuarat yang dihadiri lebih 1000 ahli dan perwakilan daripada 30 cawangan UMNO empat peringkat itu berjalan  dalam suasana harmoni.

Bashir ketika ditemui media beliau berkata, kesemua 30 cawangan UMNO Bahagian Labuan dijangka dapat menyelasaikan mesyuarat masing-masing sebelum hujung bulan ini seperti yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan UMNO pusat.

SEBAHAGIAN ahli UMNO empat peringkat yang hadir pada mesyuarat tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan keahlian ahli UMNO Bahagian Labuan menunjukkan peningkatan lebih 9,000 ahli, manakala jumlah pengundi Labuan juga telah meningkat daripada 28,000 kepada 44,378  pengundi.

“Peningkatan jumlah pengundi itu telah menyebabkan berlakunya   pertambahan  Pusat Daerah Mengundi (PDM)  daripada 17  kepada  21 yang membabitkan PDM Kinabenua dan Batu Arang  (dipecahkan kepada dua),  Bukit Kalam dan Lajau seperti yang telah diisytiharkan  oleh SPR  baru baru ini” katanya.

Bashir berkata, berikutan berlakunya pertambahan PDM itu, UMNO Bahagian akan melantik Ketua Ketua PDM termasuk ketua sub PDM   dalam waktu terdekat bagi memastikan ahli-ahli UMNO dan pengundi dapat turun mengundi dengan selamat selain  mempercepatkan proses mengundi pada PRU ke 15 nanti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN