27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bapa maut, anak terselamat  dalam kemalangan jalan raya

ROSAK TERUK… keadaan kereta mangsa yang terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang.

LABUAN: Seorang lelaki maut  selepas kereta Produa Kancil  yang dipandunya terbabas masuk kedalam longkang  dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku  di  Jalan Mohd Salleh berhampiran Layangan Sunset,Taman Damai, dekat sini malam tadi.

Mangsa yang maut  dikenali sebagai Abd Rashid Bahari, 48, manakala dua anaknya yang dikenali sebagai Nur Aqeesa Abd Rashid, 8 tahun dan  Nor Izah Batrisyah Abd Rashid , 10 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Menurut Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Ahmad Jawila, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kejadian itu kira-kira jam 8.30 malam.

“Pihak Polis telah merujuk mayat mangsa ke hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (AJPJ) 1987.

Dalam perkembangan yang sama,  mangsa yang tersepit dibahagian tempatb duduk pemandu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Layang-Layangan yang turut menerima panggilan kecemasan untuk membantu dalam kejadian itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN