28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bantu Polis berkas penjenayah, pasukan RELA dari Platun 0010, Kg.Tungou dipuji.

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Tindakan pantas anggota RELA dari Platun 0010, Kampung Tungou, dan masyarakat setempat membantu pihak polis menangkap suspek terlibat curi kereta di sini pada Sabtu lalu, mendapat pujian Pengarah RELA Negeri Sabah.

Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabah, Mohammad Pauzi Jhumat.


Pengarahnya, Mohammad Pauzi Bin Jhumat berkata, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah menzahirkan rasa bangga dan ucapan terima kasih kepada RELA Daerah Ranau khusunya anggota Platun 0010, Kg.Tungou.


Katanya, pujian harus diberikan kepada mereka yang terlibat mengesan seterusnya memberkas suspek yang melarikan diri di kawasan hutan dekat Kg.Tungou, baru-baru ini.

Anggota RELA, Platun 0010, Kg.Tungou bersama dua suspek (duduk) disyaki curi kereta.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita telah menerima perkhabaran baik yang melibatkan anggota Platun 0010 Kampung Tungou, RELA Daerah Ranau. 


“Seperti yang kita sedia maklum, anggota RELA Kampung Tungou, telah berjaya menjumpai semula kereta yang disyaki dicuri, seterusnya berjaya memberkas suspek.  


“Saya amat bangga dengan kerjasama yang diberikan oleh anggota RELA berkenaan. Sekali lagi syabas dan tahniah khususnya anggota yang terlibat dalam penugasan ini,” katanya.


Mohd Pauzi juga berharap, anggota RELA lain dapat mencontohi anggota Platun 0010, Kg. Tungou yang penuh dedikasi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. 

Sementara itu, Pegawai RELA Daerah Ranau, Ak Damit Pg Yusof turut mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan tanggungjawab anggota RELA daripada Platun 0010 Tungou dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ranau.

AK.DAMIT PG.YUSOF-Pegawai RELA Ranau.

” Ini menunjukkan bahawa pasukan keselamatan diantara Polis dan RELA Daerah Ranau sentiasa saling bantu membantu terutama dalam aspek membenteras jenayah.

“Bantuan RELA dan Penduduk Kampung  selama dua hari mencari penjenayah di dalam hutan sangat membantu pihak Polis agar penjenayah dapat dikesan dan seterusnya berjaya ditangkap,” katanya.

Tambahnya, anggota RELA di daerah ini diseru agar terus membawa nama dan menaikkan imej RELA, sesuai dengan slogan, “Dari Rakyat, Bersama Rakyat, Untuk Rakyat”.

Terdahulu, dalam kejadian pada Sabtu lalu, di hadapan sebuah kedai runcit Era Jaya, Kg.Rapak di sini, sebuah kereta jenis Perodua Axia-1000G milik seorang suri rumah telah dicuri. Suspek seramai  empat orang berjaya ditangkap dengan batuan anggota RELA dari Platun 0010, Kg.Tungou, polis dan penduduk  kampung.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN