25 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 22, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bank Rakyat Selected ungguli Kejohan Bola Tampar Piala Datuk Mohd Rafi

Juara kategori lelaki

LABUAN: Pasukan Bank Rakyat Selected Lelaki dan Wanita mengungguli Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Rafi apabila kedua dua pasukan itu dinobat juara.

Dengan kemenangan itu, kedua dua pasukan menerima sebuah piala dan wang tunai RM2,000.

Naib juara bagi kategori lelaki dimenangi oleh pasukan Chailuk dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan GGVC A.

Manakala naib juara kategori Wanita dimenangi oleh pasukan GGVC dan tempat ketiga jatuh kepada pasukan Messy Girl.

Juara kategori Wanita

Kejohanan yang dianjurkan Kelab Belia Kampung Lubok Temiang dengan kerjasama Pemuda UMMO Bahagian Labuan telah diadakan di Dewan Arena Bukit Kuda, Ahad lalu.

Sebanyak 32 pasukan telah mengambil bahagian membabitkan kategori Lelaki dan Wanita.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

Mohd Rafi yang juga Pengerusi Penasihat Giat MARA Labuan menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pasukan yang menyertai kejohanan itu sambil menjelaskan kejohanan tersebut akan dijadikan sebagai acara tahunan untuk memberi peluang kepada belia dan beliawanis aktif dalam kegiatan sukan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN