24 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BANGUNKAN KAWASAN TAPAK LEPANGAN TERBANG RANAU

Tapak Lapangan Kapal Terbang (lama) daerah Ranau akan dimajukan dalam masa terdekat.

RANAU: Tapak lapangan terbang lama  daerah ini terletak dekat Kg.Sinarut Lama kira-kira 1.5 kilometer dari pekan Ranau, dicadangkan untuk pembangunan daerah Ranau seperti bagunan  Dewan Masyarakat baharu yang boleh menampung 3-4 ribu orang dalam satu masa.

Ramai natizen mencadangkan kawasan tersebut dibersihkan untuk dijadikan Lapangan Terbang Awam yang boleh menampung kapal-kapal ringan atau helly untuk kemudahan awam terutama para pelancong dari ibu negeri untuk sampai dengan masa yang singkat  perjalanan tidak terkandas berikutan kesesakan jalan raya antara KK-Ranau-Telupid.

Pegawai Daerah Ranau, Jumain Bin Abd.Ghani ketika dihubungi memberitahu, tapak lapangan terbang lama itu dicadangkan untuk pembinaan Dewan Masyarakat baharu dan beberapa buah bangunan lain yang difikirkan sesuai termasuk tapak Tamu Mingguan atau Bulanan daerah Ranau yang ketika ini masih di tapak lama dekat Sungai Liwagu yang kelak boleh dijadikan tapak letak kereta pengangkutan awam seperti Teksi, Bas Mini dan Bas Persiaran dan Bas Pengangkutan Awam.

“Cadangan ini selaras dengan saranan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)N.37 Karanaan, Datuk seri Panglima Haji Masidi Manjun, mengarahkan supaya MDR  mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk pembinaan Dewan Masyarakat Baharu yang lebih luas berbanding bangunan Dewan Masyarakat yang  ada sekarang tidak lagi dapat menampung orang ramai dalam satu acara seperi Sambutan Maulidur Rasul, Pesta Kaamatan dan acara-acara yang memerlukan kehadiran ramai orang.

“Kita serahkan kepada pihak Jabatan Perancang Bandar untuk mastikan pelaksanaan mengikut kehendak kita”, jelas Jumain.

Menurutnya, pihak Kelab Penerbangan Awam Sabah sudah menyerahkan tapak Lapangan Terbang Lama itu kepada Majlis Dearah Ranau dan terpulang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan MDR untuk membina atau menyediakan infra tapak tersebut untuk kemudahan awam.
    

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN