ADVERTISEMENTspot_img

Bangunan kedai dua tingkat di Labuan musnah terbakar

Keadaan bangunan kedai yang terbakar.

LABUAN:Sebuah bangunan kedai dua tingkat musnah 100 peratus terbakar dalam satu kejadian di Court Light Industrial Park, Jalan Durian Tunjung awal pagi pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan, Abdul Rahman Ali dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kkira kira pukul 5.12 pagi.

Katanya, seramai 28 anggota dan pegawai bersama empat jentera dari Balai Bomba Sentral dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan bangunan konkret berkeluasan 20 x 60 kaki persegi itu mengalami kemusnahan 100% , bagaimanapun pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke bangunan lain.

Beliau berkata api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.12 pagi.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN