27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bangunan baharu Vokasional Labuan mampu tingkatan kapasiti  kemasukan pelajar.

SIMBOLIK…Alexander menyerahkan replika kunci bangunan baharu Kolej Vokasional Labuan kepada Wong Kah Woh.

LABUAN:Pembinaan Kolej Vokasional Labuan (KVL) yang baru siap  dibina mampu meningkatkan kapasiti penambahan pelajar sekaligus berupaya mentransformasikan dari Sekolah Menengah Vokasional kepada  Kolej Vokasional 7 Kolej Rintis.

Demikian Kata Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Kolej Vokasional Labuan kepada  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diadakan di Bangunan baharu KVL, di Jalan Lajau, dekat sini pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, Projek yang bernilai RM24 juta itu  mula dibina pada Disember 2029 dan  siap sepenuhnya pada 20 Mac 2024.

“Projek ini merupakan touch point kepada rakyat dalam usaha kerajaan untuk memperluaskan pendidikan Vokasional dan meningkatkan kemahiran kelulusan TVET selaras dengan Transformasi Pendidikan Negara”,katanya.

Dalam  pada itu tambahnya,  terdapat beberapa projek milik KPM yang telah diamanahkan kepada KKR dan JKR yang sedang dalam fasa Perancangan dan fasa Perolehan serta ada juga  dalam fasa pembinaan.

Katanya, semua projek tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi kapasiti,  sekaligus  mampu meningkatkan peluang pembelajaran kepada anak anak khususnya di Labuan.

“Kesemua Projek tersebut menelan belanja sekitar RM 162 juta”,katanya.

Hadir sama pada Majlis itu Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan  Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Indera Nik Nasaruddin Mohd Zawawi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN