30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Balai Polis Matunggong bakal diwujudkan

JULITA (dua, kanan)….mendengar penerangan daripada Francis Chong (dua, kiri) semasa membuat tinjauan ke bangunan yang dicadangkan sebagai balai polis Matunggong.

KUDAT: Cadangan untuk mewujudkan Balai Polis di pekan kecil Matunggong bukan perkara baru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong. Ini telah menjadi perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Julita Majungki.

“Sehingga hari ini, Pekan Matunggong masih tidak mempunyai balai polis dan penduduk hanya bergantung harap kepada perkhidmatan polis dari IPD Kudat”, kata Julita.

Dalam satu perbincangan Julita bersama pihak Pejabat Daerah Kecil (Urusetia kecil Matunggong), mencadangkan agar sebuah bangunan kerajaan digunakan.

Julita yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata, bangunan ini suatu ketika dahulu merupakan rumah kediaman kakitangan Pejabat Daerah Kecil Matunggong.

“Oleh kerana bangunan ini tidak digunakan, adalah wajar sekiranya ianya dapat digunakan sementara menunggu pembinaan balai polis kekal di tapak tersedia dalam kawasan pekan, dan pada masa yang sama kos operasi dapat diringankan”, kata Julita.

Julita diiringi oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong, Francis Chong bersama wakil Ketua Polis Daerah Kudat (Ketua Bahagian Pengurusan IPD Kudat) ASP Mohd Azli Fauzan Othman membuat tinjauan ke bangunan
yang dicadangkan.

“Kita merasa gembira kerana akhirnya Balai Polis akan beroperasi di Matunggong.

Turut hadir dalam tinjauan itu ialah Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi IPD Kudat, ASP Ag. Saifudin Ag.Imran, dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Marius Masain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN