29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bajet 2022 tidak adil, rakyat Sabah sokong penuh permintaan Dr.  Jeffrey

Haji Yazid….rakyat Sabah dan Sarawak bukan meminta lebih tetapi bagilah yang sepatutnya. 

KENINGAU:Rata-rata rakyat Sabah menyokong Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan yang meminta Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mendengar keluhan rakyat Sabah dan Sarawak bagi menyelamatkan Malaysia daripada “perpisahan”.

Seorang Ahli Jawatankuasa Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor Hj. Yazid Hj.Mohd Hasnan Tawik @ Charles berharap Perdana Menteri dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya permintaan Ahli Parlimen P180 Keningau Dr Jeffrey ketika berucap membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat. 

“Saya menyokong penuh ucapan Dr.  Jeffrey yang mempunyai fakta dan asasnya kenapa ucapan sedemikian yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah itu. Perbahasan itu sangat jelas mesejnya dalam menyampaikan keluhan rakyat Sabah dan Sarawak  atas ketidak kepuasan hati terhadap bajet yang diagihkan kepada Sabah dan Sarawak bagi tahun 2022” katanya mengulas saranan Dr. Jeffrey itu.

Haji Yazid berkata, memang benar bahas Dr Jeffrey bahawa 60 peratus rakyat Sabah dan Sarawak mencadangkan agar dua negeri di Borneo itu keluar dari Malaysia jika peruntukan tidak seimbang dengan Semenanjung.

Tetapi jelasnya, ini bukanlah yang sebenarnya kehendak rakyat Sabah dan Sarawak tetapi ia timbul atas kekeciwaan dan sakit hati rakyat terhadap layanan yang diberikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak oleh kerajaan Persekutuan. 

“Bajet peruntukan tahun 2022 bagi Sabah adalah 5.2 billion manakala Sarawak 4.6 billion, memang tidak mencukupi dan tidak boleh menampung keperluan Pembangunan untuk Sabah dan Sarawak” tambahnya.

Beliau berkata, bajet tersebut adalah tidak adil untuk Sabah dan Sarawak kerana semenanjung pula diberi 67.8 billion.

Katanya, rakyat Sabah dan Sarawak bukan meminta lebih tetapi bagilah yang sepatutnya. 

Maka itu katanya lagi, Perdana Menteri perlu berusaha menyelamatkan Malaysia, rakyat Sabah dan Sarawak sememangnya sayang dan cintakn Malaysia.

“Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi dan mesti dilayan sama taraf. Saya merayu kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri agar dapat mengkaji balik bajet yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak Dan dapat ditambah nilainya” rayu Haji Yazid.

Pastinya rakyat Sabah dan Sarawak akan terus menyokong dan bersama dengan Malaysia.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN