31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bajet 2020, Abidin mahu DUN Paginatan diberi perhatian, agihan peruntukan sewajarnya.

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir berharap, Kerajaan Negeri Sabah dibawa pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, akan terus fokus membangun dan menjana perubahan terhadap kemajuan dan taraf hidup rakyat di negeri ini.

Katanya, adalah menjadi harapan setiap lapisan masyarakat agar kerajaan mencipta impak-impak positif untuk nikmati rakyat Sabah selaras dengan manifesto Kerajaan Negeri sekarang.

Justeru, beliau berharap, peruntukan yang tersedia dalam Belanjawan 2020 Sabah, akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya ke arah meningkatkan prasarana asas negeri yang berada di tahap kritikal.

Datuk Abidin Madingkir, ADUN Paginatan

“Pengagihan peruntukan sebanyak RM1,571.51 juta untuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dalam Belanjawan 2020, menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat.

“Kemudahan infrastruktur seperti
jalanraya, jambatan, bekalan air bersih, bekalan eletrik, rumah tempat berteduh
adalah sebahagian kemudahan asas yang terpenting bagi penduduk luar bandar yang masih ketinggalan,” katanya.

-Datuk Abidin Madingkir-

Harapan itu disuarakan beliau semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas ucapan Belanjawan 2020 di Dewan Undangan Negeri pada Isnin.

Abidin juga dengan latang, menyuarakan harapan agar pembinaan jalan Walou termasuk pembinaan jambatan sungai Walou dalam kawasan DUN Paginatan, dapat dilaksana pada tahun 2020.

Menurutnya, Kementerian
Pembangunan Infrastruktur pada Persidangan DUN yang lalu telah memaklumkan bahawa pembinaan jalan Walou telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi dibawah RMK11 tahun 2018 termasuk pembinaan Jambatan Sungai Walou.

“Dewan juga dimaklumkan status projek tersebut adalah diperingkat
perolehan dan dijangka akan ditender pada bulan September tahun 2019 dengan
tempoh pembinaan selama 24 bulan.

“Justeru, Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Infrastrutur, dapat memberikan status terkini projek tersebut, kerana saya telah membangkitkan isu ini dalam setiap persidangan atas desakan penduduk
kampung berkenaan yang ingin melihat projek ini, khususnya pembinaan jambatan dapat dimulakan.

“Kampung Walou dan Kampung Penulangon adalah antara kampung  terpencil di kawasan Paginatan yang belum mempunyai jalanraya. Aktiviti penduduk di kawasan itu adalah pertanian, maka mereka amat memerlukan kemudahan asas ini untuk memudahkan hasil pertanian dipasarkan.,”jelas beliau.

BERBINCANG SESUATU….Abidin, Hajiji dan Masidi

Dalam pada itu, Abidin meminta Kementerian Pembangunan Infrastruktur memberikan status beberapa jalanraya di Kawasan Paginatan, iaitu cadangan pengaspalan jalanraya daripada Kg. Bitoon ke Kg.Paus hingga ke Kg Tinanom, termasuk cadangan pengaspalan jalanraya dari kg Rumantai ke Kg Miruru dan kg. Mangkadait.

“Selalu wakil rakyat DUN Paginatan, saya merayu supaya kerajaan dapat mempercepatkan pembinaan projek tersebut, dan pada masa yang sama, kerajaan dapat menyediakan peruntukan untuk membina dan menaik taraf jalan di daerah Ranau khusus dalam kawasan DUN Paginatan.” katanya.

Menyentuh isu ketiadaan bekalan eletrik dibawah Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) daripada kampung Bitoon, Paus, Kigiwit, kampung Kodop Lama dan kampung Tinanom, Abidin berkata, masalah itu telah berlarutan sejak kerajaan dahulu lagi.

“Walaupun Pejabat Daerah Ranau
telah mengemukakan keperluan ini kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, namun alasan yang sering kali diberi oleh KPLB dan SESB adalah masalah peruntukan, ketidakcukupan pembekalan tenaga letrik.

“Saya berharap untuk penyelesaian jangka pendek, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dapat menyediakan lampu solar di kampung-kampung berkenaan. Saya melihat beberapa solar light telah di bina di beberapa jalan pekan Ranau dan ini perlu dipanjangkan juga ke kampung yang lebih memerlukan,” katanya.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN