Jonathan sentiasa menyantuni rakyat – Gambar fail
RANAU: Meskipun masih lama lagi tarikh PRU15 namun, rakyat akar umbi khususnya para pemilih (pengundi) di kawasan Parlimen P.179 Ranau, diajak supaya bertindak bijak memilih wakil rakyat Parlimen mereka.
Ramai pemerhati politik di Ranau berpendapat, para pengundi perlu bertindak bijak dengan memilih calon yang benar-benar ‘Pejuang Rakyat’ ‘Berjiwa Rakyat’ boleh mewakili rakyat Ranau untuk menyuarakan permasalahan mereka ke peringkat kerajaan Pusat.
“Kita perlu memilih calon Parlimen yang benar-benar berjiwa rakyat dan Pejuang Rakyat boleh mewakili rakyat kawasan Parlimen Ranau untuk menyuarakan permasalahan kita ke peringkat pusat”, jelas Pengerusi JPKK Kg.Poropot, Fauzie Bin Kebihi sependapat dengan Pengerusi JPKK Kg.Gana-Gana, Witrinia Binti Kimin.
“Buat masa ini belum masa untuk kita berkempen, namun menyuarakan pendapat secara peribadi bukan salah hnya setakat menyuarakan pendapat sendiri”, jelas Ketua Cawangan Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Kg.Muhibbah Ranau, Tan Eng Sing (gambar) yang mengajak rakyat supaya menyokong penuh kepimpinan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau ketika ini, Datuk Jonathan Yasin.
Menurut Tan Eng Sing, selama ini belum ada pemimpin di Ranau yang pernah membiayai kos rawatan perubatan rakyatnya ke hospital Ranau dan ke Hospital Queen Kota Kinabalu, kecuali Datuk Jonathan.
“Beli keranda untuk yang meninggal dunia seterusnya bersama dengan penduduk ke tanah perkuburan untuk urusan pengkebumian.
“Memberi sumbangan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS, selain membantu penduduk untuk membaiki kerosakan bangunan Surau, Masjid dan Gereja, menghulurkan sumbangan kepada Ibu Tunggal, Bapa Tunggal, Orang Kelainan Upaya(OKU), Pesakit Telantar, membantu membina rumah ‘Anak Yatim’ adalah antara keprihatinan Datuk Jonathan”, jelas Tan.
Menurutnya lagi, pengorbanan Datuk Jonathan untuk menemui dan meninjau keperluan penduduk kawasan pedalaman walaupun berjalan kaki perlu dicontohi pemimpin lain dan dihargai rakyat akar umbi.
“Datuk Jonathan juga benar-benar memanfaatkan peruntukan kewangan Kebajikan daripada kerajaan pusat untuk membantu rakyat yang benar-benar memerlukan.
“Datuk Jonathan telah banyak membantu penduduk kawasan luar bandar untuk melaksanakan pebagai projek infastruktur seperti pembaikan jalan raya, bekalan air bersih (graviti) dan bekalan lampu letrik”, tambah Tan.
            Â



