24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Badan amal, sekolah terima sumbangan daripada Menara Bestari Sdn Bhd pemaju Bukit Sri Hartamas

Wong menyampaikan sumbangan kepada wakil Persatuan Thalasemia Sabah Cawangan Tenom Dr Ng Yoon Lin.

TENOM: Tiga badan amal dan sebuah sekolah di daerah ini masing-masing menerima sumbangan kewangan RM5,000.00 daripada Menara Bestari Sdn Bhd pemaju Bukit Sri Hartamas @Tenom.

Badan-badan amal itu terdiri daripada Pertubuhan Amal dan Pendidikan Akhlak Jin Nan Tenom , Persatuan Orang-Orang Pekak Sabah, Persatuan Thalasemia Sabah Cawangan Tenom dan SM Tshung Tsin Tenom.

Menurut Pengarah Urusan NBLand Group Wong Gee Ngen, sumbangan itu adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat.

Sumbangan itu disampaikan sempena majlis pelancaran galleri penjualan Bukit Sri Hartamas @Tenom di sini pada Ahad.

Pelancarannya disempurnakan oleh Pengerusi Sabah Urban Development (SUDC).

Sumbangan kewangan itu sekurang-kurangnya dapat membantu badan-badan amal berkenaan untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan khususnya kepada ahli-ahli yang memerlukan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN