25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Azizulhasni raih perak acara keirin

Tahniah buat Azizulhasni yang menghadiahkan pingat kedua untuk negara dalam temasya kali ini.

MALAYSIA meraih pingat perak pertama di Olimpik Tokyo menerusi Azizulhasni Awang dalam acara keirin lelaki, sebentar tadi.

Azizulhasni menamatkan cabaran Olimpiknya dengan mendapat tempat kedua, selepas ketinggalan 0.763 saat di belakang penyandang juara dari Britain, Jason Kenny.

Pelumba Belanda Harrie Lavreysen pula meraih pingat gangsa.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu meraih pingat Olimpik pertama dalam temasya di Rio pada 2016, dengan gangsa untuk acara yang sama, selepas menduduki tempat keenam dalam Olimpik London pada 2012.

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terkandas di peringkat suku akhir. Dia mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan saringan kedua semalam. MalaysiaKini

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN