AZHAR (kiri sekali) bersama barisan kepimpinan TMC 2024-2025
LABUAN: Pengerusi BIMP-EAGA-Business Council, Azhar Othman dipilih sebagai Presiden Toastmasters Club (TMC), Labuan yang baharu bagi sesi 2024-2025.
Pelantikan beliau diumumkan pada Majlis Instalasi dan Sambutan Ulangtahun ke 30 TMC yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini baru baru ini.
Turut dilantik pada majlis itu ialah Dalton R. Lim sebagai Naib Presiden (Pendidikan), Shally Martin sebagai Naib Presiden (Keahlian) dan Nur Amalina Azmi, Naib Presiden (Perhubungan Awam).
Manakala Joel R.Raj dilantik sebagai Setiausaha dan Halizah Mohd. Ali dilantik sebagai Bendahari.
Terdahulu, Azhar ketika berucap pada majlis itu berkata, TMC telah menggariskan tiga strategi bagi menjadikan kelab itu terus berkembang dan mampan.
Katanya tiga strategi itu ialah memperbanyakan penglibatan dengan komuniti setempat serta mengembangkan simpanan kewangan dengan menganjurkan lebih banyak acara yang berimpak tinggi.

Noor Amalina yang dinobat anugerah Toastmasters Of The Year bersama rakan rakan TMC.
“Selain itu, menyediakan barisan pemimpin pelapis yang mampu membawa TMC kearah yang lebih dinamik dan proaktif” katanya.
Majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian beberapa anugerah khas kepada ahli ahli yang aktif dalam mengembangkan peranan TMC serta yang berjaya membina pemikiran yang berorentasikan kejayaan.
Antara yang menerima augerah pada malam itu ialah Pengerusi Penganjur, Nur Amalina Azmi yang dianugerahkan sebagai Toastmasters Of The Year.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Bahagian, Major Kong Yu Kiong selaku tetamu kehormat, Pengarah Kawasan dan Pegawai Instalasi, Clarence Ng dan Pengarah Kawasan, Yusra Afiqah.