25.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mei 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

AZ Hotel & Serviced Apartments Labuan santuni anak anak istimewa PDK Mutiara.

CARROL menyampaikan sumbangan  berupa mok check kepada Sulaiman sambil diperhatikan oleh tenaga pengajar  dan staff AZ Hotel.

Labuan: AZ Hotel & Serviced Apartment Labuan menyantuni sambil menyampaikan sumbangan kepada anak anak istimewa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Mutiara di sini, pagi kelmarin.

Pengurus AZ Hotel & Serviced Apartment Labuan, Carrol Wong berkata, program tersebut merupakan salah satu projek Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR) syarikatnya untuk membantu masyarakat setempat yang kurang bernasib baik.

Antara sumbangan yang diserahkan pada majlis ringkas itu ialah wang tunai, bakul makanan dan makanan sarapan pagi untuk diaggihkan kepada 26 anak anak istimewa yang  berada di pusat itu.

CARROL menyampaikan bakul makanan kepada anak anak istimewa PDK Mutiara

“Kami berharap dengan adanya sumbangan itu ia bukan sahaja dapat membantu meringankan beban pengurusan PDK itu, tetapi dapat memberikan kegembiraan kepada anak anak istimewa tersebut”, katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Selain menyerahkan sumbangan rombongan AZ Hotel & Serviced Apartments itu turut membuat persembahan hiburan bagi menceriakan  lagi anak anak istimewa berkenaan.

Hadir sama pada majlis itu, Pengurus PDK Mutiara Labuan, Sulaiman Bejo.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN