28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Arthur yakin belanjawan 2021 diluluskan

Arthur menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima.

KENINGAU:Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)Arthur Joseph Kurup yakin bahawa belanjawan 2021 akan diluluskan tanpa masalah.

Katanya, walaupun ada beberapa isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang tetapi itu adalah proses yang biasa dalam sistem demokrasi khususnya dalam negara yang berparlimen.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, pembankang boleh membangkitkan isu-isu untuk menambahbaikkan lagi belanjawan negara.

“Contohnya apabila ada beberapa pihak yang membangkitkan isu KWSP dan isu moritorium. Sebagai kerajaan yang prihatin kita mengambilkira isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak itu dan kita telah menambahbaikkan belanjawan negara kita” katanya selepas Majlis Penyampaian Bakul Makanan kepada 50 ketua isi rumah Anak  Sabah di Perantauan dari Parlimen Pensiangan di Taman Seri Muda, Klang, Selangor baru-baru ini.

Arthur menemui beberapa orang dari Pensiangan yang bekerja di Klang Selangor.

Arthur bercakap kepada media ketika diminta mengulas belanjawan 2021 yang kini dibahaskan di Dewan Parlimen.

“Jadi pada asasnya, saya rasa kita tidak ada  masalah untuk meluluskan belanjawan negara kita sehingga ke bacaan ketiga nanti” jelas Arthur.

Sementara itu para penerima bantuan itu bersyukur dan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Pensiangan itu yang prihatin kepada orang-orang Sabah khususnya dari Parlimen Pensiangan. Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN