30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ASB Sdn. Bhd.  yakin aktiviti minyak dan gas  di Labuan bertambah baik tahun depan

JAPAR ESTABAN

LABUAN: Syarikat Asian Supply Base (ASB) Sdn. Bhd menjangkakan pengoperasian  minyak dan gas di pulau bebas cukai ini yakin  akan bertambah baik khususnya dalam  aktiviti pengerudian menjelang awal tahun depan.

Demikian diberitahu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat itu, Japar Estaban dalam satu wawancara eklusif bersama BDB di pejabatnya kelmarin.

“Kami dapat menyaksikan (peningkatan pergerakan aktiviti berkaitan minyak dan gas seperti pengerudian pada tahun ini….jumlah kapal bagi tujuan ekplorasi dan pengeluaran minyak dan gas yang berlabuh di jeti kami turut meningkat” katanya.

Japar berkata, ASB sebagai hab logistik bersepadu sepenuhnya  sentiasa mengikuti aktiviti eksplorasi dan  pengeluaran minyak dan gas dirantau ini.

Selain itukatanya,  ASB juga  dalam usaha membuat persiapan meningkatkan sekurang-kurangnya 10 peratus aset dan tenaga kerja mengikut keperluan  penggiat industri.

Menurut Japar, pada masa ini sebanyak 88 buah syarikat antarabangsa termasuk domestik telah beroperasi di pangkalan ini.

“ Jumlah bilangan syarikat yang beroperasi di pangkalan ini telah menunjukkan peningkatan dan ini sekali memperlihatkan  aktiviti penerokaan  dan pengeluaran minyak dan gas dirantau ini turut meningkat,” katanya.

Beliau berkata antara syarikat antarabangsa  yang beroperasi di pangkalan ini termasuklah Shell, Murphy Oil, Petronas Carigali, Hess, PCPP Operating Company, Exxon Mobil, BHP Billiton dan Nipon Oil.

Jelasnya lagi, ASB  ketika ini mempunyai lebih 1,000 orang  tenaga kerja melibatkan 643 kakitangan teknikal,   365 pekerja bukan teknikal dan selebihnya 88 sebagai pelanggan yang terbabit di pangkalan ini.

“ASB juga sedang meninjau potensi sebagai penyedia perkhidmatan logistik komersial selain mempelbagaikan kapasiti perniagaan.

“Kami juga  bersedia untuk mengembangkan pangkalan sedia ada berkeluasan 139.4 hektar bagi menampung peningkatan  permintaan penggiat industri minyak dan gas” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN